HTML diibaratkan seperti tulang sesebuah laman sesawang. Tanpa tulang tidak mungkin sesuatu benda itu akan berfungsi. Jadi, HTML ini adalah sangat penting dalam pembinaan laman sesawang. Ia boleh dikatakan benda yang WAJIB dipelajari dalam membina laman sesawang.
Dengan HTML, anda boleh:
- Meletakkan pelbagai elemen di laman sesawang ada, seperti kotak (table), borang kosong (form), butang (input button), dan bermacam lagi.
- Menyusun elemen-elemen tersebut mengikut citarasa anda atau mengikut kehendak pelanggan anda.
Di bawah ini adalah benda asas yang anda perlu tahu sebelum anda mengarang HTML.
<html>
<head>
<title>Tajuk Website</title>
<head>
<body>
/* di sini adalah tempat di mana anda boleh meletakkan (mengarang HTML) elemen-elemen yang akan dipaparkan dalam website anda */
</body>
</html>
Saya akan terangkan lebih lanjut pada artikel yang akan datang

No comments:
Post a Comment