JavaScript adalah suatu bahasa pengaturcaraan di mana ia akan memberi fungsi pada sesebuah elemen HTML.
Contoh yang paling mudah, elemen butang tidak akan berfungsi (tidak akan berlaku apa-apa sekiranya ditekan) tanpa JavaScript.
Setelah kita mempelajari HTML (tulang) dan CSS (cat/hiasan) , seterusnya JavaScript boleh diibaratkan seperti tingkahlaku.
Sekiranya, ada tangan yang cantik, tapi tangan itu langsung tidak bergerak (tidak berfungsi). Perkara ini boleh disamakan seperti HTML dan CSS tetapi tanpa JavaScript. Dah cantik semua, tetapi tiada fungsi.
Jadi, sebab itulah JavaScript juga adalah suatu bahasa yang perlu dipelajari untuk menjadikan laman sesawang kita lebih berfungsi dan mempelajari bahasa ini adalah langkah pertama untuk kita membina sebuah aplikasi laman sesawang yang lagi kompleks dan menarik.
Di bawah ini adalah contoh pengarangan JavaScript:
<script>
var nombor;
nombor=12;
function tekan() {
alert(nombor);
}
</script>
Saya akan terangkan lebih lanjut lagi pada artikel yang akan datang.

No comments:
Post a Comment