Wednesday, 19 August 2015

Apa itu PHP?

Setelah anda menguasai ketiga-tiga bahasa asas pengaturcaraan iaitu HTML, CSS, dan JavaScript, anda sebenarnya sudah boleh mencipta laman sesawang anda sendiri dengan fungsi-fungsi yang anda inginkan.

Tetapi, bagaimana jika anda ingin bermain dengan server. Contohnya, pelanggan melayari laman sesawang yang anda bina. Dalam laman tersebut, ada satu borang. Setelah pelanggan anda selesai mengisi borang tersebut, dia akan menekan Hantar (submit).

Apa yang anda jangkakan di sini, apabila pelanggan menekan Hantar, maklumat-maklumat dalam borang tersebut akan dihantar ke server (komputer anda) ataupun dihantar ke e-mail anda.

Namun, JavaScript tidak mampu memberikan fungsi ini, fungsi ini hanya boleh dilakukan dengan PHP. PHP sering dikaitkan dan dikarang bersama database MySQL (saya akan terangkan mengenai MySQL di artikel seterusnya).

Kemungkinan JavaScript mampu melakukan fungsi tersebut, tetapi tidak akan ada pembina laman sesawang yang ingin menggunakan JavaScript untuk melakukan fungsi ini kerana pelanggan yang tahu pengaturcaraan akan mudah dapat mengakses server anda.

Sebab itu, bila berkait dengan server, guna PHP.


Ok, cerita panjang pun tiada guna kalau anda tidak faham.

Saya terangkan secara ringkas.

PHP dan JavaScript adalah lebih kurang sama.
  • PHP dikenali sebagai 'server-side script' kerana PHP ini boleh dibaca oleh server sahaja dan hasilnya (output) akan dihantar ke pelanggan. Bermakna pelanggan tidak akan dapat lihat kod-kod PHP tersebut, mereka hanya dapat lihat output sahaja.
  • JavaScript pula dikenali sebagai 'client-side script' kerana JavaScript ini dibaca oleh komputer client dan outputnya juga akan dihasilkan di komputer client juga.
  • PHP dan JavaScript mempunyai sedikit perbezaan dalam istilah-istilah pengaturcaraan, tetapi asas bahasa pengaturcaraannya adalah sama dengan bahasa C.
  Kalau macam itu, kenapa tidak guna PHP sahaja? Kenapa perlu JavaScript?
  • Perlu kita ketahui, setiap kali kita ingin jalankan kod PHP, maklumat mesti dihantar ke server dahulu, seterusnya server akan proses dan jalankan kod tersebut bersama maklumat yang dihantar dari client tadi, hasilnya (output) akan dihantar ke client. JavaScript pula, proses dan perlaksanaan kod dilakukan di client dan hasilnya akan dipaparkan di client juga.
  • Boleh kita nampak di sini bahawa untuk jalankan PHP, prosesnya agak lambat jika dibandingkan dengan JavaScript. 
  • Bermakna, dua-dua ada kelebihan masing-masing.

Apa kelebihan/keburukan PHP?
  • Seperti apa yang kita baca dan faham penerangan-penerangan di atas, apabila berkaitan dengan server, guna PHP, kerana PHP membolehkan kita untuk menyembunyikan maklumat-maklumat yang kita tidak mahu pelanggan (client) untuk tahu.
  • Namun prosesnya agak lambat jika dibandingkan dengan JavaScript.
  • Satu lagi kelebihan PHP, kita boleh ulang (loop) elemen HTML tanpa perlu mengarang satu persatu elemen HTML.

Apa kelebihan/keburukan JavaScript?
  • JavaScript mampu memproses kod dengan laju jika dibandingkan dengan PHP.
  • Namun, kod JavaScript boleh dilihat oleh client dan tidak mampu menyembunyikan data-data yang perlu disembunyikan seperti kata laluan untuk akses database server. 
 Di bawah ini adalah contoh pengarangan PHP:

<?php
    $nombor=2;
    if ($_REQUEST[halaman]==2){
        echo $nombor;
    }
?>



Saya akan terangkan dengan lebih lanjut di artikel yang akan datang.

No comments: