Sunday, 29 March 2015

Aduh! Sakit Kepala

Sakit Kepala? Mengapa?

AMARAN! Sebelum anda baca, PERLU anda ketahui bahawasanya TEORI yang dibentangkan oleh aku ini, adalah TIDAK berdasarkan kepada ilmu-ilmu kedoktoran, dan ianya diperoleh secara tiba-tiba. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak.


Terdapat pelbagai punca-punca SAKIT KEPALA, antaranya adalah:

Pertama,

Kerana terlalu banyak berfikir (ketika menimba ilmu). Jika sakit kepala kerana menimba ilmu, JANGAN BIMBANG, ianya mungkin salah satu tanda OTAK kita makin berkembang. Sama seperti kita bermain sukan, pasti otot-otot kita akan mengalami KESAKITAN, dan kesakitan itu sebenarnya adalah TANDA di mana OTOT-OTOT kita sebenarnya makin berkembang (makin kuat). Apa yang anda perlu lakukan (sangat senang), cuma perlu dapatkan sedikit REHAT atau TIDUR yang cukup.


Kedua,

Kerana STRESS (dan akan mengakibatkan fikiran BERCELARU memikirkan banyak benda yang datang sekali gus). Apa yang anda perlu lakukan,
  • Cuba buang masalah itu jauh-jauh dari fikiran. Salah satu cara untuk MENGHAPUSKAN masalah tersebut dari fikiran, adalah dengan mencari satu AKTIVITI yang anda SUKA, dan lakukan aktiviti tersebut sehingga masalah yang dihadapi HILANG dari fikiran.
  • Cara kedua untuk MEMUSNAHKAN masalah tersebut adalah dengan POSITIVE THINKING (SANGKA BAIK) ,malah, dalam ISLAM juga melarang penganutnya supaya JANGAN TERLALU BERSANGKA BURUK.
  • Anda juga mungkin memerlukan TIDUR dan REHAT yang cukup, dan cuba tenangkan FIKIRAN anda.

Kemungkinan-kemungkinan yang lain MENGAPA terjadinya sakit kepala:
  1. Tidak cukup rehat
  2. Otot-otot mata keletihan
  3. Kekurangan zat dan nutrisi
  4. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  5. Terlalu banyak mengambil kafein
  6. Asap rokok
  7. Masalah angin dalam badan


Itu sahaja dari aku,
sekian.

P/S: sekali lagi diingatkan, teori-teori ini bukan berdasarkan ILMU KEDOKTORAN (nama blog pun TEORI KARUT). Sila berjumpa DOKTOR sekiranya anda mengalami masalah SAKIT KEPALA yang serius.


No comments: