Wednesday, 19 August 2015

Apa itu MySQL?

Setelah anda mempelajari membina laman sesawang dengan HTML, CSS, JavaScript dan PHP, sudah pasti anda akan dapat bina laman sesawang yang serba canggih, namun, anda tidak akan dapat menyimpan apa-apa maklumat yang banyak tanpa bantuan MySQL.

MySQL ialah sebuah pengkalan data (database) untuk sesebuah laman sesawang. Secara asasnya di dalam sebuah database akan mempunyai beberapa kotak(table) yang mempunyai 'row' dan 'column'. Sama seperti Microsoft Excel. Column sebagai subjek dan Row sebagai nilai subjek tersebut.

MySQL mempunyai 'command-line' yang tersendiri, namun, pada masa kini, kebanyakan pengguna tidak lagi perlu mempelajari kesemua 'command-line' tersebut kerana dengan adanya PhpMyAdmin yang ada dalam hampir semua webhosting di seluruh dunia, pengurusan MySQL menjadi lebih mudah.

Namun, perlu juga anda mempelajari istilah-istilah bahasa PHP yang digunakan untuk mengubahsuai database. Kerana sekiranya sebuah laman sesawang yang menyediakan borang, dan apabila pelanggan menekan HANTAR, maklumat yang diisi akan dihantar ke server. Penghantaran itu dilakukan melalui PHP, dan seterusnya PHP akan menghantar maklumat tersebut ke database. Oleh kerana itulah, anda perlu tahu istilah-istilah tertentu yang digunakan di dalam PHP untuk memanipulasi database di server.

Contoh istilah PHP yang digunakan untuk memanipulasi database:

<?php
    $host="localhost";
    $user="root";
    $pass="12345";
    $database="mydb";

    $conn=mysql_connect($host,$user,$pass);
    mysql_select_db($database,$conn);

    $pilih="SELECT * FROM kotak";
    $konfirm=mysql_query($pilih);
    while($data=mysql_fetch_assoc($konfirm)){
        echo $data[id];
    }
?>



Saya akan terangkan lebih lanjut pada artikel yang akan datang.

No comments: