Segala benda yang hidup, pasti akan mati.
Setiap benda yang bermula, pasti akan berakhir.
Sebagai student Elektrikal dan Elektronik, semestinya kita perlu belajar dan perlu tahu mengenai subjek PROGRAMMING.
dan
Apa yang ingin aku cuba sampaikan di sini, adalah aku ingin mengaitkan PROGRAMMING dan juga kenyataan yang disebutkan di atas tadi, iaitu setiap benda yang bermula, pasti akan berakhir .
Berdasarkan bahasa asas programming C yang ditunjukkan dalam gambar tadi, dapat kita lihat:-
1. Pada setiap arahan, pasti akan ada semicolon ( ; ) . Dalam bahasa C, semicolon bertujuan untuk mengakhiri sesuatu arahan. Setiap arahan, mesti perlu diakhiri dengan semicolon.
2. Jika ada pembuka bracket (Parentheses, square brackets, curly brackets, ataupun angle brackets), pasti akan ada penutupnya juga.
3. Sepertimana kita tahu, setiap benda pasti akan mati, begitu juga dengan programming C, di mana setiap PROGRAM yang kita karang, mesti akan return 0 (kembali kepada kosong).
Bagaimana pula dengan bahasa programming yang lain?
Sebenarnya, sama juga. Kita tidak boleh lari daripada kenyataan "Setiap yang bermula, pasti akan berakhir".
Ambil contoh yang lain, seperti bahasa programming HTML.
Dapat kita perhatikan di sini, setiap permulaan element seperti element <html> perlu di akhiri dengan </html> ..sama juga yang lain, <head> dan berakhir dengan </head>..<title> dan </title>... <body> dan </body>
#################################################################################
Kesimpulannya, MATI itu pasti. Sejauhmana pun kita lari dari MATI, MATI itu pasti akan datang.
sekian.


No comments:
Post a Comment