Adakah bermain GAMES di PC atau ANDROID itu
sesuatu perkara yang BURUK?
atau sesuatu yang BAIK?
AMARAN!
Pendapat-pendapat (atau teori-teori) yang diukirkan di sini adalah PENDAPAT daripada seorang MANUSIA BIASA (yang takkan lari daripada kesilapan), so bergantung kepada kalian ingin percaya atau tidak.
Pada pendapat aku, GAMES ANDROID/PC ataupun GAMES lama (seperti DAM HAJI, CHESS, TITIK) dan sebagainya sebenarnya mampu meningkatkan PRESTASI OTAK KITA.
Games-games ANDROID/PC yang berbentuk STRATEGI, ataupun GAMES yang memerlukan kita untuk BERFIKIR, sebenarnya mampu MENINGKATKAN IQ (INTELLIGENT QUOTIENT) ..
Bagaimana pula GAMES seperti FLAPPY BIRDS, PIANO TILES dan seangkatan dengannya?
Ya, mungkin games tersebut tidak banyak membantu meningkatkan IQ, tetapi jangan pandang rendah, kemungkinan GAMES-GAMES seperti FLAPPY BIRDS itu, berupaya meningkatkan KONSENTRASI (CONCENTRATION) dan juga kelebihan-kelebihan yang lain.
Jadi,
Untuk meningkatkan prestasi OTAK kita dalam pelbagai BIDANG, JANGAN TUMPU pada satu GAMES sahaja, sentiasa lah bertukar-tukar jenis permainan supaya dapat melatih OTAK kita untuk menyelesaikan PELBAGAI BENTUK MASALAH.
TETAPI !
Kemunculan pelbagai GAMES pada masa kini juga sebenarnya memberi banyak KEBURUKAN, contoh yang JELAS, adalah KETAGIHAN BERMAIN GAMES sehingga mengabaikan URUSAN-URUSAN yang lain.
Ya, memang benar GAMES itu mampu meningkatkan PRESTASI OTAK, tetapi jikalau TERLEBIH BERMAIN GAMES sehingga mengabaikan KESIHATAN dan urusan-urusan penting yang lain, TIADA GUNANYA JUGA.
sebagai seorang PELAJAR,
sepatutnya kita perlu menghadkan masa BERMAIN GAMES, supaya urusan-urusan lain tidak TERABAI,
dan juga yang paling penting, SUPAYA KESIHATAN DIRI tidak terabai.
Kepada Ibu Bapa pula yang ingin anak-anaknya mempunyai IQ yang 'MANTAP', caranya senang,
SEMENJAK DARI KECIL (sekolah rendah,tadika, ataupun sebelum tadika,
kita perlu BERIKAN SATU MASALAH pada anak-anak kita, dan PAKSA mereka untuk berFIKIR sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut...
PAKSA? huh! SEMESTINYA dan KONFIRM anak-anak kita akan menangis.
so, alternatifnya adalah dengan MEMBENARKAN mereka bermain GAMES (atau dalam erti kata lain, MEMBENARKAN MEREKA MENYELESAIKAN SESUATU masalah dalam keadaan yang MENGHIBURKAN).
Secara tidak langsung, anak-anak kita akan CUBA BERFIKIR (tanpa ada rasa PAKSA) untuk menyelesaikan masalah(GAMES) tersebut.
Secara tidak langsung juga, KEMAHIRAN BERFIKIR mereka akan dapat ditingkatkan (sejak dari KECIL lagi).
Tetapi, sebagai Ibu Bapa, hendaklah kita mengawal dan menghadkan masa untuk anak-anak kita bermain games. JANGAN membenarkan mereka bermain sehingga mengabaikan KESIHATAN, kerja sekolah dan sebagainya.
________________________________________________________________________________
Kesimpulannya, GAMES itu banyak memberi manfaat, namun ianya akan menjadi SESUATU YANG SANGAT BURUK sekiranya kita terlalu leka sehingga mengabaikan ORANG LAIN, URUSAN LAIN, PELAJARAN dan sebagainya.
Itu sahaja dari aku.
Sekian.
P/S: Sekali lagi diingatkan, teori ini adalah teori daripada SEORANG MANUSIA BIASA (yang tidak akan lari daripada HUMAN ERROR). Anda boleh tinggalkan KOMEN sekiranya ada pembetulan atau ada sebarang PERKARA yang anda rasa TIDAK SETUJU.
No comments:
Post a Comment