Wednesday, 19 August 2015

Ingin Menjadi Seorang Programmer Web Developer?

Assalamualaikum,

Jadi, anda yang baca artikel ini ingin menjadi seorang programmer dalam bahagian web developer ya?

Kalau kita betul-betul minat dan fokus pada web developing ini, sebenarnya boleh jana duit yang sangat banyak. Percayalah. Sama ada melalui bisnes membina website/aplikasi, 'advertising', ataupun penjualan produk secara dalam talian.

Sebelum anda mempelajari tentang Pengaturcaraan atau dalam bahasa inggeris (programming), anda mestilah mempunyai ciri-ciri ini:
  • Minat terhadap komputer 
  • Minat untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan
  • Pemikiran logik yang kuat
1. Minat terhadap komputer
Ok, minat terhadap komputer bermaksud rasa ingin tahu segala apa yang ada dalam komputer tidak kira hardware ataupun software. Dengan adanya minat untuk meneroka tentang komputer, insyaAllah akan mudahlah kita untuk memahami sistem komputer.

2. Minat untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan
Setelah anda peroleh banyak ilmu hasil dari penerokaan anda terhadap komputer, pasti akan timbul suatu perasaan ingin mencipta perisian anda sendiri, secara tidak langsung anda akan cuba untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan.

3. Pemikiran Logik Yang Kuat
Pemikiran logik boleh dilatih. Malah, sambil anda mempelajari bahasa pengaturcaraan pun anda sebenarnya boleh melatih pemikiran logik anda, jadi, tak perlu bimbang sangat.



Ok, apabila anda ada semua ciri-ciri yang disebutkan di atas tadi, anda sebenarnya sudah boleh mempelajari bahasa pengaturcaraan,
tapi,



Bagaimana ingin mula belajar? Di mana? Apa yang perlu belajar?

Ok, saya jawab soalan Apa yang perlu belajar dahulu. Untuk pengaturcaraan bahagian pembinaan laman sesawang (Web Developer), anda perlu kuasai lima bahasa asas ini, iaitu:
  1. HTML [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]
  2. CSS [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]
  3. JavaScript [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]
  4. PHP [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]
  5. MySQL [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]

Soalan kedua, Di mana ingin belajar? Mudah, sepanjang saya mempelajari ilmu asas pembangunan laman sesawang ini (web developing), saya hanya layari website ini sahaja:
  1. www.w3schools.com


Bagaimana ingin mula belajar?
  1. Belajar ikut turutan iaitu HTML, CSS, JavaScript, PHP dan diikuti MySQL
  2. Sabar dalam mempelajari
  3. Kuasai satu persatu bahasa pengaturcaraan
  4. Setelah anda selesai mempelajari satu bahasa, cuba praktikkan, cuba buat laman sesawang anda sendiri
  5. Rajinkan Google.

Ok, nantikan lagi artikel saya yang seterusnya.

No comments: