Setelah anda mempelajari membina laman sesawang dengan HTML, CSS, JavaScript dan PHP, sudah pasti anda akan dapat bina laman sesawang yang serba canggih, namun, anda tidak akan dapat menyimpan apa-apa maklumat yang banyak tanpa bantuan MySQL.
MySQL ialah sebuah pengkalan data (database) untuk sesebuah laman sesawang. Secara asasnya di dalam sebuah database akan mempunyai beberapa kotak(table) yang mempunyai 'row' dan 'column'. Sama seperti Microsoft Excel. Column sebagai subjek dan Row sebagai nilai subjek tersebut.
MySQL mempunyai 'command-line' yang tersendiri, namun, pada masa kini, kebanyakan pengguna tidak lagi perlu mempelajari kesemua 'command-line' tersebut kerana dengan adanya PhpMyAdmin yang ada dalam hampir semua webhosting di seluruh dunia, pengurusan MySQL menjadi lebih mudah.
Namun, perlu juga anda mempelajari istilah-istilah bahasa PHP yang digunakan untuk mengubahsuai database. Kerana sekiranya sebuah laman sesawang yang menyediakan borang, dan apabila pelanggan menekan HANTAR, maklumat yang diisi akan dihantar ke server. Penghantaran itu dilakukan melalui PHP, dan seterusnya PHP akan menghantar maklumat tersebut ke database. Oleh kerana itulah, anda perlu tahu istilah-istilah tertentu yang digunakan di dalam PHP untuk memanipulasi database di server.
Contoh istilah PHP yang digunakan untuk memanipulasi database:
<?php
$host="localhost";
$user="root";
$pass="12345";
$database="mydb";
$conn=mysql_connect($host,$user,$pass);
mysql_select_db($database,$conn);
$pilih="SELECT * FROM kotak";
$konfirm=mysql_query($pilih);
while($data=mysql_fetch_assoc($konfirm)){
echo $data[id];
}
?>
Saya akan terangkan lebih lanjut pada artikel yang akan datang.
Wednesday, 19 August 2015
Apa itu PHP?
Setelah anda menguasai ketiga-tiga bahasa asas pengaturcaraan iaitu HTML, CSS, dan JavaScript, anda sebenarnya sudah boleh mencipta laman sesawang anda sendiri dengan fungsi-fungsi yang anda inginkan.
Tetapi, bagaimana jika anda ingin bermain dengan server. Contohnya, pelanggan melayari laman sesawang yang anda bina. Dalam laman tersebut, ada satu borang. Setelah pelanggan anda selesai mengisi borang tersebut, dia akan menekan Hantar (submit).
Apa yang anda jangkakan di sini, apabila pelanggan menekan Hantar, maklumat-maklumat dalam borang tersebut akan dihantar ke server (komputer anda) ataupun dihantar ke e-mail anda.
Namun, JavaScript tidak mampu memberikan fungsi ini, fungsi ini hanya boleh dilakukan dengan PHP. PHP sering dikaitkan dan dikarang bersama database MySQL (saya akan terangkan mengenai MySQL di artikel seterusnya).
Kemungkinan JavaScript mampu melakukan fungsi tersebut, tetapi tidak akan ada pembina laman sesawang yang ingin menggunakan JavaScript untuk melakukan fungsi ini kerana pelanggan yang tahu pengaturcaraan akan mudah dapat mengakses server anda.
Sebab itu, bila berkait dengan server, guna PHP.
Ok, cerita panjang pun tiada guna kalau anda tidak faham.
Saya terangkan secara ringkas.
PHP dan JavaScript adalah lebih kurang sama.
Apa kelebihan/keburukan PHP?
Apa kelebihan/keburukan JavaScript?
<?php
$nombor=2;
if ($_REQUEST[halaman]==2){
echo $nombor;
}
?>
Saya akan terangkan dengan lebih lanjut di artikel yang akan datang.

- PHP dikenali sebagai 'server-side script' kerana PHP ini boleh dibaca oleh server sahaja dan hasilnya (output) akan dihantar ke pelanggan. Bermakna pelanggan tidak akan dapat lihat kod-kod PHP tersebut, mereka hanya dapat lihat output sahaja.
- JavaScript pula dikenali sebagai 'client-side script' kerana JavaScript ini dibaca oleh komputer client dan outputnya juga akan dihasilkan di komputer client juga.
- PHP dan JavaScript mempunyai sedikit perbezaan dalam istilah-istilah pengaturcaraan, tetapi asas bahasa pengaturcaraannya adalah sama dengan bahasa C.
- Perlu kita ketahui, setiap kali kita ingin jalankan kod PHP, maklumat mesti dihantar ke server dahulu, seterusnya server akan proses dan jalankan kod tersebut bersama maklumat yang dihantar dari client tadi, hasilnya (output) akan dihantar ke client. JavaScript pula, proses dan perlaksanaan kod dilakukan di client dan hasilnya akan dipaparkan di client juga.
- Boleh kita nampak di sini bahawa untuk jalankan PHP, prosesnya agak lambat jika dibandingkan dengan JavaScript.
- Bermakna, dua-dua ada kelebihan masing-masing.
Apa kelebihan/keburukan PHP?
- Seperti apa yang kita baca dan faham penerangan-penerangan di atas, apabila berkaitan dengan server, guna PHP, kerana PHP membolehkan kita untuk menyembunyikan maklumat-maklumat yang kita tidak mahu pelanggan (client) untuk tahu.
- Namun prosesnya agak lambat jika dibandingkan dengan JavaScript.
- Satu lagi kelebihan PHP, kita boleh ulang (loop) elemen HTML tanpa perlu mengarang satu persatu elemen HTML.
Apa kelebihan/keburukan JavaScript?
- JavaScript mampu memproses kod dengan laju jika dibandingkan dengan PHP.
- Namun, kod JavaScript boleh dilihat oleh client dan tidak mampu menyembunyikan data-data yang perlu disembunyikan seperti kata laluan untuk akses database server.
<?php
$nombor=2;
if ($_REQUEST[halaman]==2){
echo $nombor;
}
?>
Saya akan terangkan dengan lebih lanjut di artikel yang akan datang.
Apa itu JavaScript?
JavaScript adalah suatu bahasa pengaturcaraan di mana ia akan memberi fungsi pada sesebuah elemen HTML.
Contoh yang paling mudah, elemen butang tidak akan berfungsi (tidak akan berlaku apa-apa sekiranya ditekan) tanpa JavaScript.
Setelah kita mempelajari HTML (tulang) dan CSS (cat/hiasan) , seterusnya JavaScript boleh diibaratkan seperti tingkahlaku.
Sekiranya, ada tangan yang cantik, tapi tangan itu langsung tidak bergerak (tidak berfungsi). Perkara ini boleh disamakan seperti HTML dan CSS tetapi tanpa JavaScript. Dah cantik semua, tetapi tiada fungsi.
Jadi, sebab itulah JavaScript juga adalah suatu bahasa yang perlu dipelajari untuk menjadikan laman sesawang kita lebih berfungsi dan mempelajari bahasa ini adalah langkah pertama untuk kita membina sebuah aplikasi laman sesawang yang lagi kompleks dan menarik.
Di bawah ini adalah contoh pengarangan JavaScript:
<script>
var nombor;
nombor=12;
function tekan() {
alert(nombor);
}
</script>
Saya akan terangkan lebih lanjut lagi pada artikel yang akan datang.

Apa itu CSS?
CSS atau nama panjangnya Cascading Style Sheets adalah satu bahasa pengaturcaraan yang digunakan dalam pembinaan laman sesawang (website), bertujuan untuk mengubah gaya(style) sesuatu elemen HTML yang telah tersedia.
HTML diibaratkan seperti tulang, manakala CSS seperti cat/hiasan yang menghiasi tulang tersebut. Dengan mempelajari CSS, anda akan dapat membina laman sesawang yang sangat menarik, lawa, dan kemas.
Di bawah adalah contoh pengaturcaraan CSS
<style>
body{
background-image:url(img/bg.jpg);
}
#kotak{
border:1px solid black;
border-radius:5px;
}
.isi{
width:150px;
background-color:black;
}
</style>
Hashtag (#) bermaksud 'id' sesebuah elemen
Dot (.) bermaksud 'class' sesebuah elemen
Saya akan terangkan lebih lanjut di artikel yang akan datang.

Apa itu HTML?
HTML atau nama panjangnya HyperText Markup Language adalah satu bahasa pengaturcaraan yang paling asas di dalam membina laman sesawang (website).
HTML diibaratkan seperti tulang sesebuah laman sesawang. Tanpa tulang tidak mungkin sesuatu benda itu akan berfungsi. Jadi, HTML ini adalah sangat penting dalam pembinaan laman sesawang. Ia boleh dikatakan benda yang WAJIB dipelajari dalam membina laman sesawang.
Dengan HTML, anda boleh:
Di bawah ini adalah benda asas yang anda perlu tahu sebelum anda mengarang HTML.
<html>
<head>
<title>Tajuk Website</title>
<head>
<body>
/* di sini adalah tempat di mana anda boleh meletakkan (mengarang HTML) elemen-elemen yang akan dipaparkan dalam website anda */
</body>
</html>
Saya akan terangkan lebih lanjut pada artikel yang akan datang

- Meletakkan pelbagai elemen di laman sesawang ada, seperti kotak (table), borang kosong (form), butang (input button), dan bermacam lagi.
- Menyusun elemen-elemen tersebut mengikut citarasa anda atau mengikut kehendak pelanggan anda.
Di bawah ini adalah benda asas yang anda perlu tahu sebelum anda mengarang HTML.
<html>
<head>
<title>Tajuk Website</title>
<head>
<body>
/* di sini adalah tempat di mana anda boleh meletakkan (mengarang HTML) elemen-elemen yang akan dipaparkan dalam website anda */
</body>
</html>
Saya akan terangkan lebih lanjut pada artikel yang akan datang
Ingin Menjadi Seorang Programmer Web Developer?
Assalamualaikum,
Jadi, anda yang baca artikel ini ingin menjadi seorang programmer dalam bahagian web developer ya?
Kalau kita betul-betul minat dan fokus pada web developing ini, sebenarnya boleh jana duit yang sangat banyak. Percayalah. Sama ada melalui bisnes membina website/aplikasi, 'advertising', ataupun penjualan produk secara dalam talian.
Sebelum anda mempelajari tentang Pengaturcaraan atau dalam bahasa inggeris (programming), anda mestilah mempunyai ciri-ciri ini:
Ok, minat terhadap komputer bermaksud rasa ingin tahu segala apa yang ada dalam komputer tidak kira hardware ataupun software. Dengan adanya minat untuk meneroka tentang komputer, insyaAllah akan mudahlah kita untuk memahami sistem komputer.
2. Minat untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan
Setelah anda peroleh banyak ilmu hasil dari penerokaan anda terhadap komputer, pasti akan timbul suatu perasaan ingin mencipta perisian anda sendiri, secara tidak langsung anda akan cuba untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan.
3. Pemikiran Logik Yang Kuat
Pemikiran logik boleh dilatih. Malah, sambil anda mempelajari bahasa pengaturcaraan pun anda sebenarnya boleh melatih pemikiran logik anda, jadi, tak perlu bimbang sangat.
Ok, apabila anda ada semua ciri-ciri yang disebutkan di atas tadi, anda sebenarnya sudah boleh mempelajari bahasa pengaturcaraan,
tapi,
Bagaimana ingin mula belajar? Di mana? Apa yang perlu belajar?
Ok, saya jawab soalan Apa yang perlu belajar dahulu. Untuk pengaturcaraan bahagian pembinaan laman sesawang (Web Developer), anda perlu kuasai lima bahasa asas ini, iaitu:
Soalan kedua, Di mana ingin belajar? Mudah, sepanjang saya mempelajari ilmu asas pembangunan laman sesawang ini (web developing), saya hanya layari website ini sahaja:
Bagaimana ingin mula belajar?
Ok, nantikan lagi artikel saya yang seterusnya.

- Minat terhadap komputer
- Minat untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan
- Pemikiran logik yang kuat

- HTML [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]
- CSS [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]
- JavaScript [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]
- PHP [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]
- MySQL [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]
Soalan kedua, Di mana ingin belajar? Mudah, sepanjang saya mempelajari ilmu asas pembangunan laman sesawang ini (web developing), saya hanya layari website ini sahaja:
- www.w3schools.com
Bagaimana ingin mula belajar?
- Belajar ikut turutan iaitu HTML, CSS, JavaScript, PHP dan diikuti MySQL
- Sabar dalam mempelajari
- Kuasai satu persatu bahasa pengaturcaraan
- Setelah anda selesai mempelajari satu bahasa, cuba praktikkan, cuba buat laman sesawang anda sendiri
- Rajinkan Google.
Ok, nantikan lagi artikel saya yang seterusnya.
Sunday, 29 March 2015
Tingkatkan IQ - Games Android/PC - Baik atau Buruk?
Adakah bermain GAMES di PC atau ANDROID itu
sesuatu perkara yang BURUK?
atau sesuatu yang BAIK?
AMARAN!
Pendapat-pendapat (atau teori-teori) yang diukirkan di sini adalah PENDAPAT daripada seorang MANUSIA BIASA (yang takkan lari daripada kesilapan), so bergantung kepada kalian ingin percaya atau tidak.
Pada pendapat aku, GAMES ANDROID/PC ataupun GAMES lama (seperti DAM HAJI, CHESS, TITIK) dan sebagainya sebenarnya mampu meningkatkan PRESTASI OTAK KITA.
Games-games ANDROID/PC yang berbentuk STRATEGI, ataupun GAMES yang memerlukan kita untuk BERFIKIR, sebenarnya mampu MENINGKATKAN IQ (INTELLIGENT QUOTIENT) ..
Bagaimana pula GAMES seperti FLAPPY BIRDS, PIANO TILES dan seangkatan dengannya?
Ya, mungkin games tersebut tidak banyak membantu meningkatkan IQ, tetapi jangan pandang rendah, kemungkinan GAMES-GAMES seperti FLAPPY BIRDS itu, berupaya meningkatkan KONSENTRASI (CONCENTRATION) dan juga kelebihan-kelebihan yang lain.
Jadi,
Untuk meningkatkan prestasi OTAK kita dalam pelbagai BIDANG, JANGAN TUMPU pada satu GAMES sahaja, sentiasa lah bertukar-tukar jenis permainan supaya dapat melatih OTAK kita untuk menyelesaikan PELBAGAI BENTUK MASALAH.
TETAPI !
Kemunculan pelbagai GAMES pada masa kini juga sebenarnya memberi banyak KEBURUKAN, contoh yang JELAS, adalah KETAGIHAN BERMAIN GAMES sehingga mengabaikan URUSAN-URUSAN yang lain.
Ya, memang benar GAMES itu mampu meningkatkan PRESTASI OTAK, tetapi jikalau TERLEBIH BERMAIN GAMES sehingga mengabaikan KESIHATAN dan urusan-urusan penting yang lain, TIADA GUNANYA JUGA.
sebagai seorang PELAJAR,
sepatutnya kita perlu menghadkan masa BERMAIN GAMES, supaya urusan-urusan lain tidak TERABAI,
dan juga yang paling penting, SUPAYA KESIHATAN DIRI tidak terabai.
Kepada Ibu Bapa pula yang ingin anak-anaknya mempunyai IQ yang 'MANTAP', caranya senang,
SEMENJAK DARI KECIL (sekolah rendah,tadika, ataupun sebelum tadika,
kita perlu BERIKAN SATU MASALAH pada anak-anak kita, dan PAKSA mereka untuk berFIKIR sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut...
PAKSA? huh! SEMESTINYA dan KONFIRM anak-anak kita akan menangis.
so, alternatifnya adalah dengan MEMBENARKAN mereka bermain GAMES (atau dalam erti kata lain, MEMBENARKAN MEREKA MENYELESAIKAN SESUATU masalah dalam keadaan yang MENGHIBURKAN).
Secara tidak langsung, anak-anak kita akan CUBA BERFIKIR (tanpa ada rasa PAKSA) untuk menyelesaikan masalah(GAMES) tersebut.
Secara tidak langsung juga, KEMAHIRAN BERFIKIR mereka akan dapat ditingkatkan (sejak dari KECIL lagi).
Tetapi, sebagai Ibu Bapa, hendaklah kita mengawal dan menghadkan masa untuk anak-anak kita bermain games. JANGAN membenarkan mereka bermain sehingga mengabaikan KESIHATAN, kerja sekolah dan sebagainya.
________________________________________________________________________________
Kesimpulannya, GAMES itu banyak memberi manfaat, namun ianya akan menjadi SESUATU YANG SANGAT BURUK sekiranya kita terlalu leka sehingga mengabaikan ORANG LAIN, URUSAN LAIN, PELAJARAN dan sebagainya.
Itu sahaja dari aku.
Sekian.
P/S: Sekali lagi diingatkan, teori ini adalah teori daripada SEORANG MANUSIA BIASA (yang tidak akan lari daripada HUMAN ERROR). Anda boleh tinggalkan KOMEN sekiranya ada pembetulan atau ada sebarang PERKARA yang anda rasa TIDAK SETUJU.
Aduh! Sakit Kepala
Sakit Kepala? Mengapa?
AMARAN! Sebelum anda baca, PERLU anda ketahui bahawasanya TEORI yang dibentangkan oleh aku ini, adalah TIDAK berdasarkan kepada ilmu-ilmu kedoktoran, dan ianya diperoleh secara tiba-tiba. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak.
Terdapat pelbagai punca-punca SAKIT KEPALA, antaranya adalah:
Pertama,
Kerana terlalu banyak berfikir (ketika menimba ilmu). Jika sakit kepala kerana menimba ilmu, JANGAN BIMBANG, ianya mungkin salah satu tanda OTAK kita makin berkembang. Sama seperti kita bermain sukan, pasti otot-otot kita akan mengalami KESAKITAN, dan kesakitan itu sebenarnya adalah TANDA di mana OTOT-OTOT kita sebenarnya makin berkembang (makin kuat). Apa yang anda perlu lakukan (sangat senang), cuma perlu dapatkan sedikit REHAT atau TIDUR yang cukup.
Kedua,
Kerana STRESS (dan akan mengakibatkan fikiran BERCELARU memikirkan banyak benda yang datang sekali gus). Apa yang anda perlu lakukan,
Kemungkinan-kemungkinan yang lain MENGAPA terjadinya sakit kepala:
Itu sahaja dari aku,
sekian.
P/S: sekali lagi diingatkan, teori-teori ini bukan berdasarkan ILMU KEDOKTORAN (nama blog pun TEORI KARUT). Sila berjumpa DOKTOR sekiranya anda mengalami masalah SAKIT KEPALA yang serius.

- Cuba buang masalah itu jauh-jauh dari fikiran. Salah satu cara untuk MENGHAPUSKAN masalah tersebut dari fikiran, adalah dengan mencari satu AKTIVITI yang anda SUKA, dan lakukan aktiviti tersebut sehingga masalah yang dihadapi HILANG dari fikiran.
- Cara kedua untuk MEMUSNAHKAN masalah tersebut adalah dengan POSITIVE THINKING (SANGKA BAIK) ,malah, dalam ISLAM juga melarang penganutnya supaya JANGAN TERLALU BERSANGKA BURUK.
- Anda juga mungkin memerlukan TIDUR dan REHAT yang cukup, dan cuba tenangkan FIKIRAN anda.
Kemungkinan-kemungkinan yang lain MENGAPA terjadinya sakit kepala:
- Tidak cukup rehat
- Otot-otot mata keletihan
- Kekurangan zat dan nutrisi
- Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
- Terlalu banyak mengambil kafein
- Asap rokok
- Masalah angin dalam badan
Itu sahaja dari aku,
sekian.
P/S: sekali lagi diingatkan, teori-teori ini bukan berdasarkan ILMU KEDOKTORAN (nama blog pun TEORI KARUT). Sila berjumpa DOKTOR sekiranya anda mengalami masalah SAKIT KEPALA yang serius.
Saturday, 28 March 2015
Programming - Mula dan Akhir
Segala benda yang hidup, pasti akan mati.
Setiap benda yang bermula, pasti akan berakhir.
Sebagai student Elektrikal dan Elektronik, semestinya kita perlu belajar dan perlu tahu mengenai subjek PROGRAMMING.
dan
Apa yang ingin aku cuba sampaikan di sini, adalah aku ingin mengaitkan PROGRAMMING dan juga kenyataan yang disebutkan di atas tadi, iaitu setiap benda yang bermula, pasti akan berakhir .
Berdasarkan bahasa asas programming C yang ditunjukkan dalam gambar tadi, dapat kita lihat:-
1. Pada setiap arahan, pasti akan ada semicolon ( ; ) . Dalam bahasa C, semicolon bertujuan untuk mengakhiri sesuatu arahan. Setiap arahan, mesti perlu diakhiri dengan semicolon.
2. Jika ada pembuka bracket (Parentheses, square brackets, curly brackets, ataupun angle brackets), pasti akan ada penutupnya juga.
3. Sepertimana kita tahu, setiap benda pasti akan mati, begitu juga dengan programming C, di mana setiap PROGRAM yang kita karang, mesti akan return 0 (kembali kepada kosong).
Bagaimana pula dengan bahasa programming yang lain?
Sebenarnya, sama juga. Kita tidak boleh lari daripada kenyataan "Setiap yang bermula, pasti akan berakhir".
Ambil contoh yang lain, seperti bahasa programming HTML.
Dapat kita perhatikan di sini, setiap permulaan element seperti element <html> perlu di akhiri dengan </html> ..sama juga yang lain, <head> dan berakhir dengan </head>..<title> dan </title>... <body> dan </body>
#################################################################################
Kesimpulannya, MATI itu pasti. Sejauhmana pun kita lari dari MATI, MATI itu pasti akan datang.
sekian.
Subscribe to:
Comments (Atom)