Wednesday, 19 August 2015

Apa itu MySQL?

Setelah anda mempelajari membina laman sesawang dengan HTML, CSS, JavaScript dan PHP, sudah pasti anda akan dapat bina laman sesawang yang serba canggih, namun, anda tidak akan dapat menyimpan apa-apa maklumat yang banyak tanpa bantuan MySQL.

MySQL ialah sebuah pengkalan data (database) untuk sesebuah laman sesawang. Secara asasnya di dalam sebuah database akan mempunyai beberapa kotak(table) yang mempunyai 'row' dan 'column'. Sama seperti Microsoft Excel. Column sebagai subjek dan Row sebagai nilai subjek tersebut.

MySQL mempunyai 'command-line' yang tersendiri, namun, pada masa kini, kebanyakan pengguna tidak lagi perlu mempelajari kesemua 'command-line' tersebut kerana dengan adanya PhpMyAdmin yang ada dalam hampir semua webhosting di seluruh dunia, pengurusan MySQL menjadi lebih mudah.

Namun, perlu juga anda mempelajari istilah-istilah bahasa PHP yang digunakan untuk mengubahsuai database. Kerana sekiranya sebuah laman sesawang yang menyediakan borang, dan apabila pelanggan menekan HANTAR, maklumat yang diisi akan dihantar ke server. Penghantaran itu dilakukan melalui PHP, dan seterusnya PHP akan menghantar maklumat tersebut ke database. Oleh kerana itulah, anda perlu tahu istilah-istilah tertentu yang digunakan di dalam PHP untuk memanipulasi database di server.

Contoh istilah PHP yang digunakan untuk memanipulasi database:

<?php
    $host="localhost";
    $user="root";
    $pass="12345";
    $database="mydb";

    $conn=mysql_connect($host,$user,$pass);
    mysql_select_db($database,$conn);

    $pilih="SELECT * FROM kotak";
    $konfirm=mysql_query($pilih);
    while($data=mysql_fetch_assoc($konfirm)){
        echo $data[id];
    }
?>



Saya akan terangkan lebih lanjut pada artikel yang akan datang.

Apa itu PHP?

Setelah anda menguasai ketiga-tiga bahasa asas pengaturcaraan iaitu HTML, CSS, dan JavaScript, anda sebenarnya sudah boleh mencipta laman sesawang anda sendiri dengan fungsi-fungsi yang anda inginkan.

Tetapi, bagaimana jika anda ingin bermain dengan server. Contohnya, pelanggan melayari laman sesawang yang anda bina. Dalam laman tersebut, ada satu borang. Setelah pelanggan anda selesai mengisi borang tersebut, dia akan menekan Hantar (submit).

Apa yang anda jangkakan di sini, apabila pelanggan menekan Hantar, maklumat-maklumat dalam borang tersebut akan dihantar ke server (komputer anda) ataupun dihantar ke e-mail anda.

Namun, JavaScript tidak mampu memberikan fungsi ini, fungsi ini hanya boleh dilakukan dengan PHP. PHP sering dikaitkan dan dikarang bersama database MySQL (saya akan terangkan mengenai MySQL di artikel seterusnya).

Kemungkinan JavaScript mampu melakukan fungsi tersebut, tetapi tidak akan ada pembina laman sesawang yang ingin menggunakan JavaScript untuk melakukan fungsi ini kerana pelanggan yang tahu pengaturcaraan akan mudah dapat mengakses server anda.

Sebab itu, bila berkait dengan server, guna PHP.


Ok, cerita panjang pun tiada guna kalau anda tidak faham.

Saya terangkan secara ringkas.

PHP dan JavaScript adalah lebih kurang sama.
  • PHP dikenali sebagai 'server-side script' kerana PHP ini boleh dibaca oleh server sahaja dan hasilnya (output) akan dihantar ke pelanggan. Bermakna pelanggan tidak akan dapat lihat kod-kod PHP tersebut, mereka hanya dapat lihat output sahaja.
  • JavaScript pula dikenali sebagai 'client-side script' kerana JavaScript ini dibaca oleh komputer client dan outputnya juga akan dihasilkan di komputer client juga.
  • PHP dan JavaScript mempunyai sedikit perbezaan dalam istilah-istilah pengaturcaraan, tetapi asas bahasa pengaturcaraannya adalah sama dengan bahasa C.
  Kalau macam itu, kenapa tidak guna PHP sahaja? Kenapa perlu JavaScript?
  • Perlu kita ketahui, setiap kali kita ingin jalankan kod PHP, maklumat mesti dihantar ke server dahulu, seterusnya server akan proses dan jalankan kod tersebut bersama maklumat yang dihantar dari client tadi, hasilnya (output) akan dihantar ke client. JavaScript pula, proses dan perlaksanaan kod dilakukan di client dan hasilnya akan dipaparkan di client juga.
  • Boleh kita nampak di sini bahawa untuk jalankan PHP, prosesnya agak lambat jika dibandingkan dengan JavaScript. 
  • Bermakna, dua-dua ada kelebihan masing-masing.

Apa kelebihan/keburukan PHP?
  • Seperti apa yang kita baca dan faham penerangan-penerangan di atas, apabila berkaitan dengan server, guna PHP, kerana PHP membolehkan kita untuk menyembunyikan maklumat-maklumat yang kita tidak mahu pelanggan (client) untuk tahu.
  • Namun prosesnya agak lambat jika dibandingkan dengan JavaScript.
  • Satu lagi kelebihan PHP, kita boleh ulang (loop) elemen HTML tanpa perlu mengarang satu persatu elemen HTML.

Apa kelebihan/keburukan JavaScript?
  • JavaScript mampu memproses kod dengan laju jika dibandingkan dengan PHP.
  • Namun, kod JavaScript boleh dilihat oleh client dan tidak mampu menyembunyikan data-data yang perlu disembunyikan seperti kata laluan untuk akses database server. 
 Di bawah ini adalah contoh pengarangan PHP:

<?php
    $nombor=2;
    if ($_REQUEST[halaman]==2){
        echo $nombor;
    }
?>



Saya akan terangkan dengan lebih lanjut di artikel yang akan datang.

Apa itu JavaScript?

JavaScript adalah suatu bahasa pengaturcaraan di mana ia akan memberi fungsi pada sesebuah elemen HTML.

Contoh yang paling mudah, elemen butang tidak akan berfungsi (tidak akan berlaku apa-apa sekiranya ditekan) tanpa JavaScript.

Setelah kita mempelajari HTML (tulang) dan CSS (cat/hiasan) , seterusnya JavaScript boleh diibaratkan seperti tingkahlaku.

Sekiranya, ada tangan yang cantik, tapi tangan itu langsung tidak bergerak (tidak berfungsi). Perkara ini boleh disamakan seperti HTML dan CSS tetapi tanpa JavaScript. Dah cantik semua, tetapi tiada fungsi.
Jadi, sebab itulah JavaScript juga adalah suatu bahasa yang perlu dipelajari untuk menjadikan laman sesawang kita lebih berfungsi dan mempelajari bahasa ini adalah langkah pertama untuk kita membina sebuah aplikasi laman sesawang yang lagi kompleks dan menarik.

Di bawah ini adalah contoh pengarangan JavaScript:

<script>
    var nombor;
    nombor=12;
    function tekan() {
         alert(nombor);
    }
</script>



Saya akan terangkan lebih lanjut lagi pada artikel yang akan datang.

Apa itu CSS?

CSS atau nama panjangnya Cascading Style Sheets adalah satu bahasa pengaturcaraan yang digunakan dalam pembinaan laman sesawang (website), bertujuan untuk mengubah gaya(style) sesuatu elemen HTML yang telah tersedia.

HTML diibaratkan seperti tulang, manakala CSS seperti cat/hiasan yang menghiasi tulang tersebut. Dengan mempelajari CSS, anda akan dapat membina laman sesawang yang sangat menarik, lawa, dan kemas.

Di bawah adalah contoh pengaturcaraan CSS






<style>
    body{
        background-image:url(img/bg.jpg);
    }
    #kotak{
        border:1px solid black;
        border-radius:5px;     
    }
    .isi{
        width:150px;
        background-color:black; 
    }
</style>

Hashtag (#) bermaksud 'id' sesebuah elemen
Dot (.) bermaksud 'class' sesebuah elemen




Saya akan terangkan lebih lanjut di artikel yang akan datang.

Apa itu HTML?

HTML atau nama panjangnya HyperText Markup Language adalah satu bahasa pengaturcaraan yang paling asas di dalam membina laman sesawang (website).

HTML diibaratkan seperti tulang sesebuah laman sesawang. Tanpa tulang tidak mungkin sesuatu benda itu akan berfungsi. Jadi, HTML ini adalah sangat penting dalam pembinaan laman sesawang. Ia boleh dikatakan benda yang WAJIB dipelajari dalam membina laman sesawang.

Dengan HTML, anda boleh:
  • Meletakkan pelbagai elemen di laman sesawang ada, seperti kotak (table), borang kosong (form), butang (input button), dan bermacam lagi.
  • Menyusun elemen-elemen tersebut mengikut citarasa anda atau mengikut kehendak pelanggan anda.

Di bawah ini adalah benda asas yang anda perlu tahu sebelum anda mengarang HTML.

<html>
        <head>
                 <title>Tajuk Website</title>
        <head>
        <body>

                 /* di sini adalah tempat di mana anda boleh meletakkan (mengarang HTML) elemen-elemen yang akan dipaparkan dalam website anda */

        </body>
</html> 


Saya akan terangkan lebih lanjut pada artikel yang akan datang

Ingin Menjadi Seorang Programmer Web Developer?

Assalamualaikum,

Jadi, anda yang baca artikel ini ingin menjadi seorang programmer dalam bahagian web developer ya?

Kalau kita betul-betul minat dan fokus pada web developing ini, sebenarnya boleh jana duit yang sangat banyak. Percayalah. Sama ada melalui bisnes membina website/aplikasi, 'advertising', ataupun penjualan produk secara dalam talian.

Sebelum anda mempelajari tentang Pengaturcaraan atau dalam bahasa inggeris (programming), anda mestilah mempunyai ciri-ciri ini:
  • Minat terhadap komputer 
  • Minat untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan
  • Pemikiran logik yang kuat
1. Minat terhadap komputer
Ok, minat terhadap komputer bermaksud rasa ingin tahu segala apa yang ada dalam komputer tidak kira hardware ataupun software. Dengan adanya minat untuk meneroka tentang komputer, insyaAllah akan mudahlah kita untuk memahami sistem komputer.

2. Minat untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan
Setelah anda peroleh banyak ilmu hasil dari penerokaan anda terhadap komputer, pasti akan timbul suatu perasaan ingin mencipta perisian anda sendiri, secara tidak langsung anda akan cuba untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan.

3. Pemikiran Logik Yang Kuat
Pemikiran logik boleh dilatih. Malah, sambil anda mempelajari bahasa pengaturcaraan pun anda sebenarnya boleh melatih pemikiran logik anda, jadi, tak perlu bimbang sangat.



Ok, apabila anda ada semua ciri-ciri yang disebutkan di atas tadi, anda sebenarnya sudah boleh mempelajari bahasa pengaturcaraan,
tapi,



Bagaimana ingin mula belajar? Di mana? Apa yang perlu belajar?

Ok, saya jawab soalan Apa yang perlu belajar dahulu. Untuk pengaturcaraan bahagian pembinaan laman sesawang (Web Developer), anda perlu kuasai lima bahasa asas ini, iaitu:
  1. HTML [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]
  2. CSS [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]
  3. JavaScript [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]
  4. PHP [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]
  5. MySQL [klik di sini untuk ketahui lebih lanjut]

Soalan kedua, Di mana ingin belajar? Mudah, sepanjang saya mempelajari ilmu asas pembangunan laman sesawang ini (web developing), saya hanya layari website ini sahaja:
  1. www.w3schools.com


Bagaimana ingin mula belajar?
  1. Belajar ikut turutan iaitu HTML, CSS, JavaScript, PHP dan diikuti MySQL
  2. Sabar dalam mempelajari
  3. Kuasai satu persatu bahasa pengaturcaraan
  4. Setelah anda selesai mempelajari satu bahasa, cuba praktikkan, cuba buat laman sesawang anda sendiri
  5. Rajinkan Google.

Ok, nantikan lagi artikel saya yang seterusnya.